Showing posts with label intro. Show all posts
Showing posts with label intro. Show all posts

Monday, 5 December 2011

++apa itu cloth diaper @ CD++

apa tu cloth diaper @ CD? erm..macam saya dulu, mula2 dengar CD@ cloth diaper, ternganga2 saya..ingatkan VCD ke DVD ker hehhehe...tapi bila dah dapat taw yang CD ni adalah alternatif lain untuk ibu2 guna untuk baby2 saya mula ambil tau pasal nih;)

lampin pakai buang @ DD (disposable diaper) adalah lampin bayi yang selalu kita guna tuh.ala, yang macam2 brand tuh...ade PAM***,HUGG***,HEY****, ar..macam2 ade...sekali beli mesti nak beli yang banyak2 keping kan?mau2 paling banyak sampai 70-80 keping kan?tapi berapa lama bertahan untuk berpuluh-puluh kepingan lampin tu??rasanye xlamakan?kadang2 baru je tukar lampin, tup2 si baby da buat baja...;p 
dengan lampin kain moden (CD), banyak mana pun baja yang bayi anda buat dah xjadi masalah lagi..just cuci n jemur! YANG PALING PENTING,BOLEH PAKAI SEMULA BERKALI-KALI SAMPAI LAH CD TU ROSAK! dannn..CD tu bkn boleh rosak dengan senang...CD tu tahan lasak tau...minimum 3 tahun la untuk die rosak..pulak tu, CD ni fit untuk semua saiz baby, ia boleh di laras mengikut saiz baby anda sehingga baby anda mencapai berat 13kg!

bagi ibu2 yang memikirkan kesan jangkamasa panjang,ia boleh membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar, kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan bayi anda kelihatan comel bila dipakaikan dengan CD dengan pilihan dalam pelbagai CORAK,WARNA & SAIZ

Senang tak dipakai? Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk CD berpoket) dan pakaikan CD tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang...Boleh terus pakaikan pada baby!as simple as ABC;)






ibu2 juga boleh menjimatkan kewangan ibu2 sehingga berjimat sehingga RM4599 taw apabila menggunakan CD nih. xpercaya? let's do some calculation with me.

 Jika kita guna cloth diaper yang harganya RM25 per set  dan kita perlukan sekurang-kurangnya 12 set, kosnya hanya RM300 dan tahan sehingga 3 tahun.

compared to using  Disposable Diaper  (lampin pakai buang) yang harganya RM0.60 sekeping dan kita gunakan 7 keping satu hari iaitu bersamaan RM4.20 sehari. RM4.20 X 365 hari = RM1533 setahun yang akan kita belanjakan. 
Manakala untuk tempoh 3 tahun, RM1533 X 3 = RM4599 yang akan kita belanjakan. 3 tahun ni adalah purata masa bayi anda boleh pergi ke tandas sendiri. 

 adik-adiknya boleh mewarisi cloth diaper ni..tak perlu beli cloth diaper yang baru untuk adik-adiknya

so, you will decide,which one do you prefer? 

Cuma, perlu kumpulkan wang dan selepas tu tak perlu lagi beli pampers tiap-tiap bulan...best kan !

++Selamat Datang++

++selamat datang++ 

selamat datang kepada ibu2 hebat yang mahu men CDkan bayi anda.selain menjimatkan wang, ibu-ibu n kaum bapa sekalian juga akan terlibat secara tidak langsung dalam aktiviti "menghijaukan bumi!!
xsusah, cuma kena rajin sikit je...
TAPI besar manfaatnye;)


Untuk baby anda
most of the baby have sensitive skin, so, CD adalah bagus untuk baby yang menghadapi masalah ini. Baby yang memakai pampers @ lampin pakai buang akan guna  kertas,pewangi dan pelbagai bahan kimia pada kulit, manakala bayi yang memakai lampin kain akan memakai hanya KAIN saja. :). CD disertakan bersama material kain seperti fleece atau micro-suade yang bertindak sebagai penahan kebasahan, jadi bayi tetap kering;)



                                                      Untuk alam sekitar
Penglibatan ibu2 dalam penggunaan CD merupakan sumbangan TERBESAR dalam menghijaukan bumi . Seperti yang ibu2 sedia maklum, lampin pakai buang yang mengandungi plastik adalah sukar di biodegradasi atau mereput. Ditambah pula bahan buangan manusia di dalamnya. Lampin kain boleh dibasuh dan diguna semula, dan sekiranya ia perlu dibuang kerana sudah rosak, ia akan cepat mereput, kerana ia hanya dibuat dari kain.
Pembuatan lampin pakai buang juga mengorbankan banyak pokok-pokok untuk dijadikan lampin, ia juga melibatkan penggunaan air (air yang banyak diperlukan untuk menukarkan pokok kepada kertas), minyak, dan tenaga elektrik. Semuanya untuk dibuang sahaja. Anggaran sebatang pokok besar perlu ditebang untuk menyediakan lampin pakai buang  untuk seorang bayi dari lahir hingga 3 tahun. Jadi, bayangkan berapa banyak pokok yang perlu dikorbankan untuk melampin sahaja?


Untuk kemudahan anda
Dengan adanya cloth diaper di rumah, anda tidak perlu lagi terkejar-kejar ke kedai untuk membeli lampin pakai buang sekiranya lampin sudah habis. Lampin kain akan sentiasa tersedia untuk digunakan. Juga, anda tidak perlu nak berjimat cermat untuk menukar lampin bayi anda. Ye, ada sesetengah ibu bapa yang sangat merasa rugi, 'alameks,baru je tukar lampin,  nak kena tukar lagi ker?burn RM0.60 Tunggu la kejap lagi" Kan.. Dengan lampin kain, tukarlah nak tukar berapa kali pun. Boleh basuh. Akhirnya, tiada lagi ruam lampin. Segelintir saja yang memerlukan krim lampin.

Oleh itu, jom bertukar!

"Let's Make Our World Greener"

gO gO gO.....GREEN!