selamat datang kepada ibu2 hebat yang mahu men CDkan bayi anda.selain menjimatkan wang, ibu-ibu n kaum bapa sekalian juga akan terlibat secara tidak langsung dalam aktiviti "menghijaukan bumi!!
xsusah, cuma kena rajin sikit je...
TAPI besar manfaatnye;)

most of the baby have sensitive skin, so, CD adalah bagus untuk baby yang menghadapi masalah ini. Baby yang memakai pampers @ lampin pakai buang akan guna kertas,pewangi dan pelbagai bahan kimia pada kulit, manakala bayi yang memakai lampin kain akan memakai hanya KAIN saja. :). CD disertakan bersama material kain seperti fleece atau micro-suade yang bertindak sebagai penahan kebasahan, jadi bayi tetap kering;)
Untuk alam sekitar

Pembuatan lampin pakai buang juga mengorbankan banyak pokok-pokok untuk dijadikan lampin, ia juga melibatkan penggunaan air (air yang banyak diperlukan untuk menukarkan pokok kepada kertas), minyak, dan tenaga elektrik. Semuanya untuk dibuang sahaja. Anggaran sebatang pokok besar perlu ditebang untuk menyediakan lampin pakai buang untuk seorang bayi dari lahir hingga 3 tahun. Jadi, bayangkan berapa banyak pokok yang perlu dikorbankan untuk melampin sahaja?
Untuk kemudahan anda
Dengan adanya cloth diaper di rumah, anda tidak perlu lagi terkejar-kejar ke kedai untuk membeli lampin pakai buang sekiranya lampin sudah habis. Lampin kain akan sentiasa tersedia untuk digunakan. Juga, anda tidak perlu nak berjimat cermat untuk menukar lampin bayi anda. Ye, ada sesetengah ibu bapa yang sangat merasa rugi, 'alameks,baru je tukar lampin, nak kena tukar lagi ker?burn RM0.60 Tunggu la kejap lagi" Kan.. Dengan lampin kain, tukarlah nak tukar berapa kali pun. Boleh basuh. Akhirnya, tiada lagi ruam lampin. Segelintir saja yang memerlukan krim lampin.
Oleh itu, jom bertukar!
"Let's Make Our World Greener"
gO gO gO.....GREEN!
No comments:
Post a Comment